September 2009 in memory

J . O . R . D . A . N























Tajuk je bahasa omputih ok. Hehe.

Pernahkah anda mendengar tentang sebuah negara yang bernama Jordan? Untuk pengetahuan anda, negara ini ialah klon kepada sebuah tempat misteri di dunia iaitu Segi Tiga Bermuda!

Siapa yang percaya tu boleh la pi naik kat rooftop dan terjun ye.

Bukan apa. Nak katanya, begitulah lebih kurang perasaan aku masa dapat tawaran belajar medik kat Jordan. Hehehe. Masa check keputusan biasiswa JPA tu dan dapat tau Jordan, aku macam, "Apa tu?" terkebil-kebil beberapa puluh saat, lepas tu barulah "Alhamdulillahhhhhhhhh lulusssss makkk ayaahhhh!!". Adohai.

Aku rasa masa tu, perasaan kepelikan overshadowed perasaan gembira. GKK! (gelak kuat kuat).
Ye lah tempat-tempat cliche macam UK/Ausie aku tahu lah :P
Kalau middle east pun Mesir je lah mana ada tempat lain hehe.

Macam-macam dalam kepala otak aku masa tu.
"Ada ke orang melayu belajar medik kat situ?"
"Sama ke macam Mesir?"
"Ada unta tak?' <---kahkah ok yang ni tipu.

Maka dengan berat hatinya terima sahajalah kan. Itulah namanya rezeki kan?

Tapi makin lama duduk sini, makin jatuh hati lah-jugak dengan bumi barakah ini. Manalah aku tau negara Jordan ni betapa banyaknya lah keistimewaan dan khazanah nya bagi orang yang tak jemu meneroka. Ewah.

"Ok entri ini hanyalah sebuah teaser. Stay tuned!", kata aku kepada cengkerik-cengkerik di luar sana.



Bottled-coloured-sand art. Found nowhere else in the world ;)

No comments:

Post a Comment