Baru aku tahu

19 Julai 2015 | 3 Syawal 1436
Irbid, Jordan.

.....................................................................................................................................

Selama ni bila datangnya Ramadhan, yang aku buat hanyalah berpuasa menahan diri daripada lapar dan dahaga. Fadhilat Ramadhan yang lain-lain tu aku tak hayati langsung! Ruginya aku...

Masa Ramadhan sebelum ni, ada waktu-waktunya aku ponteng tilawah. Kalau masa rajin tilawah pun baca tak banyak mana.

Terawih pun sama. Memang malas nak terawih kat Masjid Nuh al-Qudah aka Masjid Universiti Yarmouk sebab imamnya baca panjang. Syeikh Makmun tu memang sehari terawih habiskan satu juzuk supaya pada hari terakhir terawih dah khatam 1 al-Quran. MasyaAllah 'alaih... Jadi Ramadhan yang sebelum-sebelum ni, memang Masjid Nuh al-Qudah ni takkan jadi pilihan pertama untuk aku pergi terawih. Huhu...

Qiyamullail pun sama. Masa Ramadhan sebelum ni, kalau sempat solat sunat masa bangun sahur, solatlah. Kalau tak sempat solat, tak sempatlah. Macam tu je...

Pada 10 hari-hari terakhir pula, aku tak ambil port langsung masa Ramadhan sebelum-sebelum ni. Tak ada rasa apa-apa dan tak kisah pun. Hmm..

Tapi Ramadhan tahun ni berbeza alhamdulillah.

Masjid Nuh al-Qudah menjadi pilihan utama aku. Ada sekali tu aku cuba solat di Masjid Abdullah at-Tal sebab hari tu aku mengantuk sangat, takut tertidur dalam solat kalau imam baca panjang... hehe. Tapi aku rasa tak syok. Sekali tu je lah aku solat di Masjid Abdullah at-Tal untuk Ramadhan tahun ni. Kali kedua aku tak solat terawih di Masjid Nuh al-Qudah ialah ketika hari esoknya tu ada peperiksaan akhir summer semester. Kali ketiga semasa memenuhi jemputan iftar di rumah kawan dan ada sekali tu semasa malam sebelum kawan-kawan balik Malaysia for good. Last sekali tak solat terawih di Masjid Nuh al-Qudah ialah semasa ada solat terawih akhawat di Bayt Muriyaat. Jadi total bilangan hari tak solat terawih di Masjid Nuh al-Qudah pada Ramadhan tahun ni ialah lima kali sahaja. Eh banyak jugak? Hehe. Tapi sehari tak solat kat situ dah rindu. First time aku rasa macam ni.

Kalau tilawah pula, tahun ni memang aku target sehari satu juzuk. Ada je lah hari-hari yang tak sempat nak habiskan sejuzuk sebab banyak urusan yang urgent, tapi aku berjaya catch up balik lepas tu. Jadi, pada 27 Ramadhan contohnya, aku dah habis sampai juzuk ke-27. Alhamdulillah. Yang sedihnya aku cuma sampai juzuk ke-28 je sebab lepas tu aku ada "masalah perempuan". Anyway, alhamdulillah.

Qiyamullail pula aku termiss 2 kali je. Sedih sangat termiss. Tak tahu macam mana boleh tak bangun sekali tu tapi yang kali kedua missed tu sebab memang tak tidur malam untuk ulangkaji memandangkan exam dah dekat. Bila Ramadhan dah berlalu ni rasa sedih pula sebab pahala qiyam dah tak sama dengan pahala semasa Ramadhan...

10 hari-hari terakhir Ramadhan tahun ni pun rasa lebih special. Entah kenapa. Alhamdulillah Allah campakkan perasaan tu dalam hati. Mungkin berkat menghargai hari-hari sebelum 10 yang terakhir tu? Wallahu a'lam.. Baru aku tahu untuk menghayati doa malam al-Qadar iaitu:-


اللهم إنك عفو تحب العفو فعف عني

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun,
Engku suka untuk mengampunkan (hambaMu),
maka ampunilah aku.

Dengan doa yang seringkas itu, Allah menghapuskan dosa kita ibarat kita tak pernah berdosa selama kita hidup. Masa Ramadhan je Allah guarantee benda ni... Semoga Allah menerima doa kita ni semasa Ramadhan yang lalu T.T

Pada 10 hari-hari terakhir Ramadhan tahun ni juga aku baru tahu makna bersungguh-sungguh memburu malam al-Qadar sebab aku baru tahu menghayati makna "lebih baik daripada seribu bulan". Allah gandakan amalan kita pada malam al-Qadar tu, dan kita mendapat pahala beramal ibarat dah seribu bulan beramal. Kalau kita solat terawih malam tu, pahalanya ibarat dah seribu bulan solat terawih.
Kalau qiyam, dapat pahala setimpal dengan dah qiyam selama seribu bulan. Kalau tilawah pun sama, kalau sedekah pun sama, kalau berzikir pun sama dan semua ibadah khusus, pahalanya dilipatgandakan ibarat kita dah seribu bulan beramal. Subhanallah.

Ramadhan dah berlalu.

Tahun ni, 2015/1436, baru aku tahu perasaan sedih bila Ramadhan dah berlalu tu macam mana.
Siapa yang tak nak dosanya dihapuskan ibarat tak pernah berdosa? Tambah-tambah orang yang kotor bergelumang dosa macam aku ni.
Siapa yang tak nak pahalanya dilipatgandakan ibarat dah 1000 bulan beribadah? Tambah-tambah orang yang tak banyak amal macam aku ni.
Peluang-peluang ni semua Allah bagi masa Ramadhan je.
Dan Allah hanya hadiahkan bulan yang penuh fadhilat ni kepada umat Nabi Muhammad S.A.W je. Umat lain mana ada Ramadhan. Haa rasa special tak kat situ?
Tapi kita tak tahu pun adakah Ramadhan tahun hadapan kita akan bersuanya lagi...
Patut la selama ni semua orang sedih bila Ramadhan dah pergi.
Aku baru rasa...


Analogi Post-Ramadhan

Semalam, semasa open house di Bayt Muriyaat, seorang sahabat bagi perkongsian post-Ramadhan dalam sesi tazkirah.

Katanya macam ni lah, bayangkan penyu. Ya. Penyu yang hampir pupus dan perlukan penjagaan rapi tuu..
Penyu seperti yang kita tahu termasuk spesis terancam yang perlu dijaga dengan penjagaan yang rapi dan ketat terutamanya semasa telurnya belum menetas atau masih baby. Siap ada jabatan khas yang dipertanggunjawabkan untuk menjaga telur penyu jika dijumpai sampai telur tu menetas dan usia penyu mencecah tahap boleh survive sendiri di lautan. Selepas diyakini penyu tu boleh berdikari dan mampu menghadapi cabaran dan dugaan di lautan, barulah penyu-penyu tersebut dilepaskan bebas di lautan yang luas dan menakutkan tu.

Ibaratnya kita, Allah bagi kita satu bulan untuk penjagaan rapi supaya ketakwaan dan keimanan kita lebih kukuh. Dalam sebulan tu, siap Allah bagi pertolongan-pertolongan contohnya dosa diampunkan, pahala dilipatgandakan, syaitan diikat dan malam al-Qadar supaya Allah "melepaskan" kita ke dalam sebelas bulan yang berbaki dengan ketakwaan dan keimanan yang lebih sado!


اللهم بلغنا رمضان

Ya Allah, kami bersedih kerana Ramadhan telah berlalu.
Pertmukanlah lagi kami dengan Ramadhan.
Pertemukanlah lagi ya Allah.
Pertemukanlah lagi ya Allah.