Bekerja kerana Allah

Believers, have fear of God.
 A soul must see what it has done for the future (the akhirah).
Have fear of God for He is All-aware of what you do.
[al-Hasyru;18]





Cuba kita renungi alam ini...
Maha suci Allah dan maha kuasanya Dia jelas terlihat pada urus tadbir muka bumi ini...


Betapa ajaibnya kekuasaanNya.
Dia mentadbir muka bumi ini dengan menjadikan upaya dan daya pada manusia.
Lalu dengan upaya dan daya itu, manusia pun bekerja dan berusaha,
dan dengan ilmu yang memandu akalnya serta petunjuk (al-Quran) yang memandu hatinya,
maka dengan itu bumi ini menjadi makmur dan seimbang.


Jadi adalah sebuah kehinaan bila seseorang itu tidak mahu bekerja.
Orang seperti ini hanyalah lebihan yang tidak diperlukan di muka bumi ini.
Wa na‘uzubillahi min zalik! (kami berlindung kepada Allah daripada hal tersebut)

Ayuh kita renungi sedalam-dalamnya pada ayat ke-18 dari surah al-Hasyru sebagai motivasi untuk diri kita bekerja kerana Allah. :)