Belajar dari kesilapan



Belajar dari kesilapan adalah satu cara belajar yang paling berkesan.

Ya. PALING berkesan.

kesilapan akan menjatuhkan kita.
kesilapan akan mempengaruhi perasaan kita yang paling dalam.
kesilapan akan membuat orang mempertikaikan kita.
kesilapan akan mengeluarkan kita daripada zon selesa.


Sebab itulah kesilapan mampu mengajar dan mengubah kita!


Oleh itu, jika mahu belajar, carilah ruang untuk membuat kesilapan.
Kesilapan hanya akan didapati oleh orang yang MENCUBA.

Belajarlah dari kesilapan diri dengan bermuhasabah.
Belajarlah dari kesilapan orang lain dengan memerhati dan menilai, tetapi janganlah menghukum.

Dan satu perkara yang kita harus ingat, tidaklah dinamakan "BELAJAR" jika kita masih di takuk yang lama.