Aku masih di sini


Di usia ini
Ketika semua telah melangkah jauh
Aku masih di sini.

Walau di pandangan mata
Orang menyangka aku telah merantau
Padahal hakikatnya
Aku masih di sini.

Apa gunanya arah panduan
Apa gunanya penunjuk jalan
Apabila akhirnya
Aku masih di sini.

Oh tuhan
Aku perlukan teman
Yang mahu berjalan bersamaku
Aku perlukan teman yang mahu membangun bersamaku
Seperti Musa dan Harun
Jika tidak kudapatinya
Sudah pasti esok lusa
Aku masih di sini.

Oh tuhan pertemukan aku dengan dia
Yang mahu menyambut tanganku
Agar aku dapat meninggalkan lubuk usang ini
Aku sudah jemu di sini
Tapi tak mampu beralih daripadanya...
Telah kuusahakan untuk keluar daripadanya
Saban kali aku terjerumus kembali
Dan aku dapati kini
Aku masih di sini. 



No comments:

Post a Comment